Friday, November 21, 2014

JANGAN JUAL EMAS TANPA SEBAB

Jangan jual emas anda tanpa sebab.
Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?
Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.
Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah
2.Hartanah
3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas)
4. Modal bisnes
5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.
Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.
Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.



EMAS DAN RUMAH

Beli tanah boleh ke beli sikit-sikit dan terus jadi hak kita ?
Beli rumah boleh ke beli sikit-sikit dan terus jadi hak kita ?
Setakat ini, tanah boleh beli sikit-sikit...tapi tak boleh buat rumah...
Setakat ini,boleh beli bahan-bahan nak buat rumah sikit-sikit tapi tak boleh buat rumah kalau tak ada tanah...
dan setakat ini emas sahaja yang boleh beli sikit-sikit dan terus jadi hak kita.
boleh pegang, boleh tengok, boleh simpan, boleh renung depan mata tiap-tiap masa
Jom beli emas dan simpan walaupun 1 gram...
GCP sediakan 1 gram goldbar 999.9 untuk bantu kita simpan emas...
Beli dengan GCP ni pelik tau sebab MAKIN BERAT, MAKIN MURAH !
Tak percaya? Mesti Percaya !