Wednesday, October 15, 2014

MAIN KUTU BELI EMAS

BANGGA…Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu.

“KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu dibeli, termasuk saya yang sentiasa terfikir untuk membeli emas. Disebabkan mahal, saya terpaksa bermain kutu dengan rakan untuk memiliki emas,” kata peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kamariah Md Hanafi, 50.

Kamariah menganggap membeli emas sebagai pelaburan menguntungkan kerana ia boleh dijadikan aset berikutan harganya sentiasa meningkat.
Katanya, bermain kutu cara paling praktikal bagi mereka yang tidak mampu atau tidak memiliki banyak wang.

“Saya menempah barang kemas sebulan sebelum menerima duit kutu. Sebaik menerima wang, saya terus ke kedai emas dan mengambil tempahan.
“Sebagai contoh, setiap seorang daripada 25 pemain kutu membayar RM50 sehari. Kami membuat cabutan 10 hari sekali dan setiap penerima mendapat RM12,500.
“Kaedah ini dilakukan sejak bertahun-tahun lalu dan ia membantu kami mengumpul banyak wang pada satu-satu masa,” katanya.

Dia yang berniaga ayam segar sejak 24 tahun lalu mengakui perniagaannya banyak membantunya memberi pendapatan tetap, sekali gus membolehkannya menyertai rakan lain bermain kutu.
Katanya, permainan kutu tidak tamat selepas masing-masing mendapat habuan, sebaliknya diteruskan supaya setiap pemain mempunyai sumber kewangan sampingan.
“Jika mahu lebih banyak wang kutu, saya akan memasukkan tiga nama iaitu anak dan adik sebagai penama.

“Itupun terpulang kepada sasaran yang hendak dibeli dan memang satu kepuasan apabila mendapat duit kutu kerana ia juga boleh digunakan untuk melangsaikan hutang lama dan menanggung anak yang masih belajar,” katanya.

Wanita gigih itu menegaskan, hasil duit kutu bukan saja membolehkannya membeli barang kemas, malah digunakan untuk membeli sebuah rumah berharga hampir RM200,000.
Kamariah berkata, minatnya terhadap barangan kemas sebenarnya diwarisi daripada arwah bapanya, Hanafi Ibrahim yang menjadi tukang emas.
Katanya, kehebatan ukiran arwah bapanya yang terkenal dengan panggilan ‘Napi tukang emas’ memberi laluan mudah kepadanya untuk membeli barang kemas di kebanyakan kedai di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Arwah bapa bersahabat baik dengan seorang perintis emas tersohor di negeri ini. Namun, disebabkan ayah hanya pandai bertukang tapi kekurangan modal untuk membuka kedai emas, saya memanfaatkan kepakarannya dan kini saya pula menjadi ‘ketua kutu’ kepada rakan peniaga lain,” katanya.

Sambil menunjukkan sebahagian barangan kemas miliknya, Kamariah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Yah mendakwa dengan hasil pelaburan itu, dia mampu membesar dan menanggung pelajaran anak hingga ke universiti.

Bagaimanapun, katanya, membentuk pasukan kutu tidak semudah disangka kerana bakal berdepan risiko seperti ahli yang tidak jujur.

“Bermain kutu memerlukan ahli yang boleh dipercayai. Saya sebagai ketua akan memilih ahli daripada rakan peniaga di sekeliling kami.

“Lagipun, kami sudah lama saling mengenali dan kebanyakan mereka ialah peniaga keropok, barangan runcit, buah-buahan dan peniaga kain.
“Kami kenal lebih 20 tahun kerana sama-sama berniaga di pasar sama. Ia juga memudahkan ‘urusan’ me­ngutip duit kutu setiap hari,” katanya yang berasal dari Tumpat, 10 kilometer dari Kota Bharu.
Hias diri, pelaburan paling utama..

>>sumber dari salah sebuah blog..untuk keterangan lanjut(bukan pasal makcik ni, tapi pasa emas..hehe) boleh hubungi saya<< :)

untuk memilikinya 
whatsapp/wechat/sms/call
0182444075
en MOHD HAFIZ BIN ASLAN
#AUTHORISED #DEALER #GCP

psst: kredit to Al Mahbubah Jewellery


PENGENALAN



Tuesday, October 14, 2014

SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG SIMPANAN



Ini adalah antara soalan paling kerap yang ditanyakan oleh ramai orang yg ada menyimpan atau baru ingin menyimpan emas dan perak.

Jawapannya :

1. Kalau sedikit, simpan sendiri seperti mana anda menyimpan barang kemas, duit dan barang berharga anda yang lain.
Contoh : Dalam peti ais, dalam beras/gula/garam, bawah katil/bantal/baju, dalam dinding/lantai, dijadikan penyendal pintu dan sebagainya.

2. Kalau banyak, simpan di Safe Deposit Box. Kebiasaannya khidmat ini ditawarkan oleh cawangan bank yang besar, dan syarikat swasta.



BANK :

1. Hong Leong Bank
http://www.hlb.com.my/qa/fc/fcsdb.jsp?flag=fcsdb

2. Eon Bank Group Malaysia
http://www.eonbank.com.my/personal_banking/standard_bank_charges/8_safe_deposit_box.shtml

3. OCBC Bank
http://www.ocbc.com.my/personal-banking/banking/MY_Banking_OtherServ_SafeBox.shtm

4. Alliance Bank
https://www.alliancebanks.com/other_deposit_boxes.html

5. RHB
http://www.rhb.com.my/insurance/bancassurance/mysafe_deposit_box.html

6. Bank Muamalat Malaysia Berhad
http://www.muamalat.com.my/fees-and-charges/others.html

7. UOB
http://www1.uob.com.my/personal/useful/fees_charges.html

8. Public Bank
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/others/sdb_slg.html

9. Maybank
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=&cntTypeId=0&cntKey=ACC09.07&programId=ACC09-BankingFees&chCatId=/mbb/Personal/ACC-Accounts/

10. CIMB
http://www.cimbbank.com.my/index.php?tpt=&ch=gen_fee&pg=gen_fee_category&category=71:37&tpl=gen_rates

11. KFH
http://www.kfh.com.my/kfhmb/v2/contentView.do?contentTypeId=3000&displayPage=%2Fver2%2Fcontent%2Fstandard.jsp&channelPath=%2Fver2%2Fv2_Navigation%2FConsumer+Banking&programName=04_Other+Services&tabId=1&cntName=07-SafeDepositBox-i

12. CITIBANK
https://www.citibank.com.my/english/deposits/deposit-fees-charges.htm





SYARIKAT SWASTA :

1. Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
http://www.safedepositbox.com.my/en/main.php

2. Royal Safe Deposit Box
http://www.rsdb.com.my/en/

3. Redza Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
http://www.redza.com.my/index.php/safe-deposit-box/

4. Public Safe Sdn. Bhd.
http://www.publicsafe.com.my/

5. My Safe Box
http://www.mysafebox.com.my/






*Lagi senarai bank di Malaysia boleh lihat di laman sesawang Bank Negara Malaysia.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=banking
*Sila lihat carian safe deposit box di Business Savers Hub (peta)
http://www.savershub.com/my/en/business.php?input1=Safe+Deposit+Box&input3=Klang+Valley&lang=en 
* Kebanyakan bank hanya memberi pampasan dan bukan insurans
* Kebanyakan safe deposit box swasta menawarkan insurans, dan nilai insurans boleh ditambah.
* Safe deposit box tidak terdapat pada semua cawangan bank. Anda perlu menghubungi talian perkhidmatan pelanggan mana-mana bank dahulu untuk mengetahui cawangan terdekat yang menyediakan khidmat safe deposit box. Kebiasaannya cawangan bank yang besar sahaja yang menyediakan perkhidmatan ini.

4 Sebab kenapa perlu anda simpan emas sekecil 1 gram ini



TIP EMAS:

KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1 GRAM INI?

Mesti anda fikir nak buat apa emas yang kecil-kecil untuk simpanan. Ramai antara kita yang anggap “emas yang besar tu baru nampak best kalau simpan”. Tidak dinafikan pendapat tu betul.   Tapi anda juga perlu tahu kenapa kita juga perlu simpan dengan berat yang kecil seperti ini (dalam gambar di bawah tu) :-)


gold bar 1 gram gcp

1. Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan? :-)

2. Kebetulan sekarang musim harga emas menurun, rugilah kita kalau nak tunggu-tunggu lagi duit simpanan jadi banyak baru nak beli. Sebab kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas :-) . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.



3. Kekadang kita mungkin akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, jika kita hanya perlukan wang dalam RM500 je, takkan nak jual emas yang beratnya 20gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya. Jadi kita selamatlah dari pada mengorbankan emas kita yang berat-berat tu, hehehe =)

4. Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga kan. :-)
gcp 1 gram 1 bulan


untuk memilikinya
whatsapp/wechat/sms/call
0182444075
en MOHD HAFIZ BIN ASLAN
#AUTHORISED #DEALER #GCP

psst: kredit to Al Mahbubah Jewellery

Maple VS GCP

Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Emas kedua paling tulen didunia di keluarkan oleh Goldcrest Pavilion dalam bentuk Syiling Dinar Emas dan Jongkong Emas dengan ketulenan 99.99% emas..


Monday, October 13, 2014

Jom ikuti kisah kawan saya berkenalan dengan emas..

Jom ikuti kisah kawan saya berkenalan dengan emas.. ♡

Bermulanya kisahhh 11 tahun yang lalu...

Tahun 2002,saya menemani mak saya pergi kedai emas..
Harga ketika itu rm35/g..Dikala usia darjah 6,kelihatan membeli emas ni macam membazir..

Namun,bila selalu ke pasaraya membeli barang2 dapur bersama mak dan ayah,ada sebuah kedai emas betul2 sebelum pintu masuk dalam GIANT tu..

Apa yg dapat perhatikan,setiap kali(sebulan seklailah beli barang dapur),harga emas terus meningkat..Nombor2 yg terpampang di hadapan kedai itu berbeza setiap kali saya datang.

Terdetik di hati... "hurrm.untung jugak beli ema sni..simpann jer..harga dia naik..tak perlu buat apa2 pun."

"nanti nak belilah emas"..

Kemudian ketika di sekolah menengah,menemani mak ke kedai emas..Namun walaupun harga emasnya Rm50/g,RM70/g..Tapi bila nak beli barang kemas,harag dia akan jadi beratus2..

Sebab mana ada barang kemas atau emas yg kedai tu jual 1g jer..Kalau ada pun cicnin yg 1g,ditambah pula kos upah..maka berganda RM nya pulak..

So saya pendamkan hasrat memiliki emas itu..

Akhirnya,pada akhir tahun 2012..(lebih tepat bulan september)
sewaktu saya sedang berehat di rumah menunggu konvo pada bulan 12..

saya terjumpa seseorang menjual emas seberat hanya 1g di FB ini..

Terus saya "pm" dan bertanya kan harga serta langkah2 utk memilikinya..

(mahalnyer..kalaulah beli masa tahun 2002 dulu kan..tapi tiada mana kedai yg menjual emas seberat 1g shj..)

Isnin saya pm.Rabu saya bank in.Jumaat saya terima emas pertama saya.

Anda?
berapa lama untuk bertindak?
Jangan pelik2.Just copypaste je.Just ikut je

Taknak takpe.Tunggu lagi 10 tahun..
Kemudian


*mak,kenapa dulu mak tak beli es banyak2..kalau ada dalam 500g emas skrg kita jual emas tu,rumah kita duduk yg hutang 30tahun ni,boleh beli cash je..^^

bila dah berilmu#

Anda pun dah berilmu sebab saya dah sampaikan..
Bertindaklah sayangg..^^haha

Persoalan Emas: "Kenapa beli Emas? Buat apa? Untung Ke?"

Persoalan Emas: "Kenapa beli Emas? Buat apa? Untung Ke?"

Copypaste jer ni...

Persoalan Emas: "Kenapa beli Emas? Buat apa? Untung Ke?"

 Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada para pembaca  yang setia, diharapkan anda murah rezeki dan sihat-sihat sahaja.

Untuk penulisan kali ini, saya ingin membawa pembaca semua untuk melihat trend kenaikan harga emas , bila agaknya waktu yang sebaiknya untuk kita membeli komoditi ini sebagai aset pelaburan dan untuk membincangkan tentang persoalan tajuk penulisan ini.

Pernah beberapa teman dan kenalan yang apabila bercerita sahaja mengenai topik emas, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas. Contohnya:

1.“eh, emas mahal kan sekarang”

2.“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

3. “saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

4. “betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

5. “takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

6. “rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

7. “saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

8.”Kenapa beli Emas?”

9.”Nak buat apa Emas?”

10.”Untung ke Emas??”

Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas dan belum sedar tentang kelebihan emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar… Tahniah..

Baiklah, sebelum menjawab setiap persoalan dan keraguan-keraguan orang ramai seperti di atas, terlebih dahulu mari kita lihat akan trend kenaikan harga emas dunia mengikut graf kitco.COM

Baiklah,tanpa membuang masa,kita berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan yang sesuai adalah seperti berikut:

1.“eh, emas mahal kan sekarang”

Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera (seperti dalam simpanan bank, tabung haji, ASB, dll) terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun. Bayangkan harga emas 20gram pada 2008 ialah RM1800, kini RM3300! Ruginye kalau anda tak beli sekarang…

2.“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh (Rezeki-Emas.Com sendiri dah nampak hasil dari kenaikan harga emas hanya dalam masa 1 bulan sahaja). Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik. Manakan tidak! Kenaikan emas 20-28% setahun.. Mana ada mana-mana bank atau amanah saham yang bayar faedah/dividen/riba mereka sehingga 20-28%. Paling tinggi pun 8% jer.. Lagipun kalau nak pakai duit emergency, bawa emas ke ar-Rahnu dan buat pinjaman di bank. Duit dapat, emas pun dapat. Emas di ar-Rahnu tetap anda punya.

3.“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)

4.“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik. Ade jugak sesetengah orang yang meragui ketulenan emas yang kami jual.. ish3.. Kalau tak percaya, beli 1g dari kami, kemudian cek ketulenan emas di kedai emas (samada emas 999 atau 916)..

5.“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansgung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menguntungkan dan berbaloi.

6.“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur? Saya tak suka sebut pelaburan.. huu.. Fobia.. Ada kenangan ngeri.. Lebih suka dengan istilah beli emas.. Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.

7.“saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

8.”Kenapa beli Emas?”

Dengan kadar kenaikan sebanyak 20-28% setiap tahun (fakta) dan sifat emas iaitu kalis inflasi dan harganya yang semakin mahal, emas memang sesuai untuk kita jadikan asset pelaburan hari tua kita.Bukan untuk kita sahaja..untuk anak2 dan keluarga kita. Ada 2 asset pelaburan yang memberangsangkan iaitu tanah dan emas atau perak. Bagi saya perak lebih menguntungkan (sekiranya untuk simpanan) kerana kenaikannya akhir-akhir ini mendadak sehingga sekali ganda atau hamper 100% setahun. Berbalik persoalan tadi.. Adakah anda mampu membeli tanah jika anda mempunyai wang sebanyak rm700?Haruslah tidak kan.mungkin boleh beli selori sahaja..tapi nk buat apa? Jadi,emas adalah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah di mana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.

9.”Nak buat apa Emas?”

Soalan seperti ini kerap kali diajukan kepada saya, pada saya,mudah sahaja..anda beli,anda simpan sebagai aset anda. Anda akan terpegun apabila suatu hari nanti,harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harga nya menjadi lebih tinggi.Dan sekiranya pada masa itu anda ingin menjual emas,akan terbit rasa sayang anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harga nya boleh meningkat lagi. Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik lain. Tetapi terlalu panjang untuk dibahaskan disini. Contohnya dengan menggunakan teknik ar-Rahnu.. Anda beli emas dengan harga RM20k bersamaan 7 ketul emas 20gram, kemudian ar-Rahnu dapat RM14k dan beli lagi emas 20gram dapat 4 ketul lagi kemudian ar-Rahnu lagi dapat lagi 10 dinar, ar-Rahnu lagi dan laburkan dalam bank pelaburan yang syari’e atau belanjakan. Asalnya anda ada 7 ketul emas shj.. tetapi sekarang anda ada berapa ye.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Gunakan teknik ini untuk jadi kaya.. Tetapi dalam masa yang sama harus beringat, semua kekayaan ini datang dari Allah dan wajiblah kita menurut dan mentaati Allah..

10.”Untung ke Emas??”

Mengikut fakta, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 20-28% setiap tahun.Andai kata pada hari ini,20/12/2010,anda memiliki 1 dinar emas yang berharga RM652,Maka pada tahun hadapan bersamaan 20/12/2011 dengan kenaikan yang paling rendah 20%, 1 Dinar anda tadi akan menjadi RM782.40 dan anda akan memperolehi keuntungan sebanyak rm130.40. Itu kalau anda ada 1 Dinar,kalau anda ada berdinar2?fikir2kan…

Jadi… bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2012?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang akan mendatang?! Ramai pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.

Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat.

Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tiba masanya, yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda.

kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang. Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?! Jadi…mulakan pelaburan emas anda sekarang. Jangan berlengah lagi kerana masa itu emas.

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi. (Anda harus tahu analisis graf kitco dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia untuk tujuan ini).

Masa itu emas,mesti anda semua pernah mendengar ayat ini.Memang betul.Sesungguh nya,kita tidak akan dapat mengundurkan masa dan emas dikaitkan dengan masa untuk menunjukkan betapa bernilai nya masa. Oleh itu,dapat emas ketika anda mampu dan sebelum terlambat.Jika tidak, beli sahaja apabila ada RM… Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak.Tukarkan bentuk pelaburan anda di dalam bentuk emas. Anda boleh mengubahnya.

RANCANG KEWANGAN ANDA DEMI MASA DEPAN GEMILANG CEMERLANG DAN TERBILANG !!!!


untuk memilikinya
whatsapp/wechat/sms/call
0182444075
en MOHD HAFIZ BIN ASLAN
#AUTHORISED #DEALER #GCP

psst: kredit to Al Mahbubah Jewellery

PRODUK



untuk memilikinya
whatsapp/wechat/sms/call
0182444075
en MOHD HAFIZ BIN ASLAN
#AUTHORISED #DEALER #GCP

psst: kredit to Al Mahbubah Jewellery

PROMOSI


30 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS

30 kelebihan menyimpan didalam emas

Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas. Secara jujurnya apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?

Ada pelanggan dari Putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”

Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya, begitu juga lain kepala lain pemikirannya.. maka antara

30 kelebihan menyimpan didalam emas adalah:

a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.

b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.

e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

f) Aset simpanan dalam apa jua keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.

i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.

k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.

l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik

m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram

n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.

o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.

p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.

r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.

v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup

x) Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..

z) Backup dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya

aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.

bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.

cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat…




untuk memilikinya 
whatsapp/wechat/sms/call
0182444075
en MOHD HAFIZ BIN ASLAN
#AUTHORISED #DEALER #GCP

psst: kredit to Al Mahbubah Jewellery